RUNNER SHOP: Jenis- jenis anjing paling garang dan ganas didunia
f
form

Name *
Phone Number *

###
-
###
-
####
Email *
Classifieds *
 kerja kosong 
 bilik sewa 
 rumah sewa 
 produk kesihatan 
 laptop 
 kereta 
 agen hartanah 
 bengkel 
 pemborong 
 pembekal 
 pengedar 
 pinjaman 
 servis 
 tempahan 
 urut tradisional 
 lain-lain 
 Computers 
 Work at Home 
 Business & Management 
 Rooms & Roommates 
 pets 
File Upload
maklumat/laman web anda/harga/ *
Powered byEMF Survey Creator

Khamis, 4 Ogos 2011

Jenis- jenis anjing paling garang dan ganas didunia

10- Dalmatian
Spesis ini dibezakan dengan kepintaran dan daya ingatan yang kuat, kebergantungan dan naluri untuk terus hidup. Kadang kala ia boleh menjadi agresif kepada manusia.

9- Boxer
Seekor anjing yang cerdik, lincah dan bertenaga. Ia juga bukan spesis yang mudah dilatih seperti yang dimahukan. Tambahan pula ianya bukan sejenis yang semulajadinya tidak agresif.

8- Presa Canario
Serangan daripada anjing ini diakui mampu membunuh ke atas buruannya. Sifat utama anjing ini yang digeruni adalah tiada langsung perasaan takut, cukup kuat dan mampu menewaskan mangsanya.

7- Doberman Pinschers
Ianya dikenali dengan keupayaan memberi peringatan, kecerdikan dan setia. Dengan sifat tersebut ia sangat sesuatu dijadikan sebagai salah satu haiwan penjaga. Selalunya ia akan menyerang apabila berlaku bahaya kepada keluarganya (termasuk tuan) serta ketika terasa diancam.

6- Chow Chow
Nampak seolah-olah sejenis yang tenang dan bebas. Walau bagaimanapun mereka perlu diberi penuh perhatian kerana silap hari bulan ia akan bertukar agresif.

5- Alaskan Malamutes
Spesis ini perlu sentiasa dilatih supaya sentiasa seronok kerana ia tidak akan patuh pada arahan jika keadaan menjadi bosan. Antara sifat yang paling menonjol pada keseluruhannya adalah tenaga dan aktiviti.

4- Huskies
Meskipun dengan tenaga yang dimiliki dan kepintaran spesis ini, namun ianya tidak dihargai sebagai anjing penjaga yang baik. Ia disebabkan oleh perangai dan personality yang dimiliki semulajadi. Namun, patut diketahui antara tahun 1979 dan 1997 sebanyak 15 kes kematian yang membabitkan serangan spesis ini.

3- German Shepherds
Dikenali sebagai spesis yang smart dan berwaspada. Ianya telah terbukti sebagai pihak berkuasa tempatan yang yakin dan tidak gentar seperti kebanyakan unit anjing polis.

2- Rottweilers
Anjing ini secara semula jadi terlalu bersungguh-sungguh untuk menjaga kawasan jagaannya dan sangat agresif. Selalu dijadikan sebagai anjing penjaga.

1- Pit Bulls
Ia spesis anjing yang berani dan cekal dan selalu bergaduh. Diketahui bahaya anjing ini boleh mencederakan hingga membawa maut dengan menyiat daging mangsa dengan rahangnya sehingga hancur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN JANGAN TAK KOMEN