RUNNER SHOP: ASTANA EDAYU CHALET, PENGKALAN BALAK, MELAKA
f
form

Name *
Phone Number *

###
-
###
-
####
Email *
Classifieds *
 kerja kosong 
 bilik sewa 
 rumah sewa 
 produk kesihatan 
 laptop 
 kereta 
 agen hartanah 
 bengkel 
 pemborong 
 pembekal 
 pengedar 
 pinjaman 
 servis 
 tempahan 
 urut tradisional 
 lain-lain 
 Computers 
 Work at Home 
 Business & Management 
 Rooms & Roommates 
 pets 
File Upload
maklumat/laman web anda/harga/ *
Powered byEMF Survey Creator

Selasa, 26 April 2011

ASTANA EDAYU CHALET, PENGKALAN BALAK, MELAKA

CHALET ASTANA EDAYU
penginapan 2 tingkat
Kampung Hailam,
Pengkalan Balak,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.
Chalet Astana Edayu adalah sebuah tempat penginapan yang menawarkan penginapan jenis chalet, apartment dan bilik untuk keselesaan anda yang inginkan percutian indah di Pengkalan Balak, Melaka. Chalet ini yang beralamat di Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka mungkin merupakan antara chalet yang cantik dan selesa di Pengkalan Balak bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa.
Chalet  Astana Edayu yang begitu dekat dengan pantai Pengkalan Balak pastinya memberi memori indah buat anda yang ingin menikmati matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang  yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.
Chalet ini juga menawarkan kepada anda kemudahan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang.  Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti surau, kawasan parking kereta, kawasan lapang untuk aktviti bagi anda yang datang dengan keluarga atau berkumpulan, pondok aktiviti serta dewan makan.

Buat anda yang ingin melihat sendiri penyu karah, inilah peluang anda kerana penyu karah banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini. Anda juga boleh menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami di chalet Astana Edayu.
PANTAI PENGKALAN BALAK 
Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp.
Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan.
Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.
Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.
dsc00012 tanjung-bidara
pengkalan-balak-102 pengkalan-balak-094 pengkalan-balak-008
images14 images16 images12
images7 images11 images8
images131 images12 images3
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG SOALAN:
Astana Edayu Chalet:
Kampung Hailam, Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

Email:
sales@worldheritage.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN JANGAN TAK KOMEN